Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya 2 soalan kepada pihak Jabatan Agama Islam,
1) Saya ada berhutang dengan seseorang dan belum membayar balik kepada orang yang saya berhutang, masalah sekarang saya tidak dapat mencari orang berkenaan kerana telah terputus hubungan dan saya tidak tahu dimana beliau tinggal sekarang. Apa yang perlu saya lakukan sekarang dan bagaimana saya hendak menjelaskan hutang tersebut.
2) Umur saya 35 tahun, pada masa muda saya mungkin kurang pengetahuan tentang bab-bab agama Islam, saya tinggal puasadan tidak menggantinya. Sekarang saya telah insaf dan cuba untuk menggantinya.Saya mengambil kira puasa yang saya tinggal dari umur akil baligh iaitu dari umur 15 tahun sehingga umur saya 35 tahun. Saya andaikan saya tak puasa selama sebulan. Minta pihak tuan dapat menolong saya tentang perkiraan fidyah dan ganti puasa yang perlu saya bayar/ gantikan bagi tempoh berkenaan. (15 tahun sehingga 35 tahyun= 20 tahun)
Segala kerjasama pihak tuan dalam perkara ini adalah sangat-sangat saya hargai dan ucapkan jutaan terima kasih.
Jawapan :
1. Setiap yang berhutang wajib untuk membayar dengan apa jua cara sekalipun. Walaubagaimanapun jika bayaran hutang tersebut tidak dapat dibayar oleh kerana terputus perhubungan tanpa sebarang berita, saudara boleh cuba menghubungi saudara maranya atau mengiklankan dalam akhbar tempatan atau membuat hebahan dalam tempoh yang telah ditentukan untuk mendapatkan maklumat. Jika sekiranya masih juga tidak diperolehi saudara boleh membuat sedekah di masjid dengan menggunakan wang tersebut dengan niat pahala sedekah tersebut untuk si pemberi pinjam. Semoga niat saudara untuk melaksanakan kewajipan tersebut tertunai.
2. a) Puasa itu tidak perlu digandakan hanya fidyahnya sahaja yang digandakan.
b) Fidyah yang perlu dibayar ialah 1 cupak (670 gram) sehari (nilai ringgit RM1.17 secupak)
c) Fidyah tersebut perlu terus dibayar kepada fakir miskin tanpa perlu menunggu habis puasa.
No comments:
Post a Comment