Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat baginda.
Ruangan blog 'Bimbingan Iman' ini mengandungi pelbagai soal jawab berkaitan hukum hakam Agama Islam yang bakal dikupas oleh ulama-ulama bertauliah diseluruh negara. Persoalan yang dimasukkan didalam ruangan blog ini adalah bersumberkan laman soal jawab lain yang dicantumkan menjadi satu laman yang lengkap bagi memudahkan para pembaca mendapat bimbingan secara menyeluruh berkaitan Agama Islam.
Ulasan yang mendalam, mengungkap pelbagai hikmat dalam ibadat, muamalat dan munakahat serta pelbagai cara untuk melatih diri daripada terhindar perbuatan buruk dan penyakit hati bagi dijadikan rujukan.
Selain itu juga blog ini bakal dijadikan ruang untuk para pembaca memberikan komen kepada setiap jawapan dan ulasan yang telah diberi bagi menambahkan lagi kefahaman terhadap persoalan yang timbul.
Pihak penulis berharap semoga blog ini dapat memberikan manfaat dan bimbingan kepada pembaca sekalian. Jika ada terdapat sedikit pahala dari penulisan ini semoga disampaikan kepada guru-guru, ibubapa, isteri dan anak serta ahli keluarga yang telah memberi bantuan dan semangat. Juga semoga mendapat Keredhaan Allah SWT.
Sekian, wabillahi Taufiq wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
No comments:
Post a Comment