Labels

Saturday, January 14, 2012

Isteri berzina ingin bertaubat

Soalan
Saya mempunyai suami dan anak. Tanpa pengetahuan suami ,saya menjalin kembali hubungan dengan kekasih lama dan pernah terlanjur. Saya tahu bersikap curang pada suami adalah berdosa besar dan sangat menyesali perbuatan itu. Saya benar-benar bertaubat, semoga Allah mengampunkan dosa saya.
Persoalannya, adakah saya perlu memberitahu suami mengenai perkara ini atau mendiamkannya saja? Bagaimana caranya untuk saya memohon ampun tanpa memberitahunya? Saya dan bekas kekasih melakukan hubungan seks ketika siang hari pada Ramadan.
Namun saya tidak mampu memerdekakan seorang hamba atau puasa dua bulan berturut-turut. Saya ingin membayar denda iaitu memberikan satu cupak beras kepada 60 anak yatim.Adakah bayaran itu berganda (kerana dua kali melakukan persetubuhan)? Apakah ciri anak yatim yang layak menerima denda berkenaan?
 
Jawapan
Wa'alaikumussalam, 
Sungguh sedih apabila memikirkan perbuatan dosa di atas dosa. Dosa curang pada suami sangatlah besar kerana ia temasuk berzina. Lebih dahsyat lagi apabila dosa berlaku pada Ramadan yang mulia.
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya.Bertaubatlah dengan penuh keinsafan dan keikhlasan.Moga-moga Allah akan menerimanya.Hentikan terus hubungan dengan kekasih lama.
Langkah kedua ,memohon maaf daripada suami atas dosa kepadanya.Terpulang pada kekuatan puan dan kesediaan suami untuk membincangkan perkara ini.
Jika dirasakan dia bersedia dan boleh menerima hakikat ini eloklah berterus terang ,tetapi jika puan merasakan tabiat suami yang puan kenali tidak mungkin menerima keadaan ini,cukuplah sekadar memohon ampun daripadanya.
Langkah ketiga, mulakan hidup baru dengan menjadi isteri solehah dan banyakkan mengabdi diri pada Allah dan beribadat kepadanya.
Kafarah melakukan persetubuhan pada siang Ramadan boleh dilaksanakan dengan memberi makan pada 60 orang miskin,sah diberi pada anak yatim yang miskin.Jika persetubuhan berlaku dua kali pada dua hari yang berlainan,wajib membayar kafarah dua kali juga.
 
Sekian.

Wassalam.

Tiada sijil nikah Malaysia kerana berkahwin dan tinggal di luar negara

Soalan
Saya telah bernikah di England 22 tahun lalu dan mempunyai 3 orang anak. Sekarang saya berada di New Zealand dan sijil nikah saya adalah dari England dan tiada sijil nikah kahwin dari Malaysia.
Persoalan saya adalah seperti berikut :
  1. Adakah ini yang betul dan bagaimana anak-anak haknya?
  2. Bagaimana pula kalau hal proses penceraian, perlukah saya memohon dari pejabat kadi di Petaling Jaya, Malaysia?
  3. Suami saya telah meninggalkan saya dan anak-anak di New Zealand tanpa bekalan selama 3 tahun.
  4. Disebaliknya pula suami telah cuba membunuh saya dengan menghantar ilmu hitam dan belaan jin bersama perempuan simpanannya.
Sekarang saya tidak pasti tentang proses penceraian. Kawan nasihatkan saya jika tiada sijil nikah Malaysia maka tak perlu minta penceraian rasmi lagi. Adakah ini benar?

Jawapan
  1. Pernikahan puan di England adalah sah sekiranya menepati Hukum Syara'. Sijilnya boleh digunakan di lain-lain negara dengan syarat diperakukan "endorsement" atau didaftarkan semuala di negara puan tinggal sekarang. Berkaitan dengan anak-anak puan, kewarnanegaraannya adalah mengikut pendaftaran kelahirannya dan perakuan pihak Kedutaan Malaysia di tempat puan tinggal. Contohnya, sekiranya ia lahir di England dan didaftarkan di kedutaan Malaysia di sana, maka bolehlah diakui anak tersebut masih warganegara Malaysia. Sila rujuk Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia dalam laman web mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat.
  2. Berhubung dengan proses penceraian, puan boleh memohon di negara puan tinggal sekarang. Sila laksanakan penceraian berpandukan hukum Syara' dahulu kemudian didaftarkan semula mengikut peraturan undang-undang yang terpakai untuk pendaftaran penceraian di tempat puan tinggal sekarang. Sila dapatkan bantuan daripada Pertubuhan Islam di New Zealand.
  3. Tindakan suami meninggalkan puan serta anak-anak adalah perbuatan menyalahi hukum Syara'. Selagi puan tidak meredhainya maka berterusan beliau dalam keadaan berdosa kerana telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.
  4. Puan mempunyai hak untuk melindungi diri pun sekiranya masih berlaku kekasaran atau penganiayaan, puan hendaklah melaporkan kepada pihak berkuasa disana.
    - Berkaitan ilmu hitam, puan boleh mengamalkan doa-doa daripada ayat suci Al-Quran sebagai pendinding. Amalkan setiap hari membaca surah Kursi dan 3 Qul (surah Al-ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq) setiap pagi dan sebelum tidur. Baca dan hembuskan ditapak tangan kemudian sapukan ke muka, badan hinggan kehujung kaki. Baca juga sebelum tidur surah Yunus ayat 81.
Harap dapat membantu.
Sekian, wallahu'alam.

Soal jawab mengenai anak angkat

Soalan
  1. Adakah Haram hukumnya sekiranya seseorang itu mengambil anak angkat yang menggunakan nama bapa angkatnya, tetapi tidak di 'BIN' kan, hanya sekadar ditulis sebagai contohnya; ' MOHD AMIN MOHD NASIR ' ataupun ' SITI AMINAH ABDUL RAHMAN '. Adakah seperti dinamakan seperti nama tersebut HARAM hukumnya, walaupun seseorang itu berkata namanya itu diletakkan tanpa niat, ataupun namanya itu boleh dimaksudkan kepada sesiapa sahaja, dan bukan dirinya sendiri, dan juga nama yang diletakkan tersebut adalah secara kebetulan sama seperti nama dirinya sendiri. Ini adalah pengakuan dari seorang hamba Allah di mana beliau seperti tidak mahu mengakui yang beliau sememangnya ada niat untuk meletakkan namanya sebagai bapa angkat kepada anak tersebut. Ini telah terjadi di kalangan ahli keluarga saya, ini adalah kerana menurut kefahaman beliau, asalkan tiada "Bin ", hukumnya tidak haram. Adakah dibenarkan oleh Hukum Syarak sekiranya beliau berbuat demikian? Memang kita akui dari segi hukum civil, tiada kesalahan sekiranya kita berbuat demikian. Bukankah dengan cara begini akan menimbulkan keraguan pada diri anak itu sendiri sekiranya dia bertanya kepada bapa angkatnya mengapa namanya tidak ada "BIN" dan sebagainya.
  2. Bagaimana sekiranya seseorang itu telah mengambil anak angkat dan pada masa yang sama, beliau mempunyai anak sendiri yang menjadi darah dagingnya sendiri. Soalan saya, apakah yang dikatakan WAJIB bagi seseorang itu menjaga keperluan anak-anak tersebut. Saya pernah mendengar walau apa pun perbelanjaan kita haruslah mengutamakan kepada anak sendiri kerana ianya WAJIB dan tanggungjawab bagi kedua ibubapanya. Bagaimana pula keperluan anak angkat? Sekiranya kita terlebih menyediakan keperluan terhadap anak angkat daripada anak sendiri, adakah kita berdosa kerana sesetengah orang beranggapan, walaupun hanya sekadar satu sen hak anak sendiri dibelanjakan kepada orang lain, kita sudah dikira berdosa terhadap anak sendiri tersebut. Sama seperti hak anak yatim, haram bagi kita untuk menggunakannya. Adakah ianya benar?
Jawapan
  1. Adalah menjadi keharusan bagi seseorang yang mengambil anak angkat untuk meletakkan namanya, seolah-olah seperti nama bapa angkat itu. Sebagai contoh SITI AMINAH ABDUL RAHMAN dan tidak diletakkan BINTI atau BIN di antara nama anak dan nama bapa angkat. Mengenai keraguan pada anak tentang tiada BIN atau BINTI pada namanya tidak akan menjadi isu sekiranya bapa angkat menjelaskan secara jujur tentang keadaan sebenar. Ini kerana sewajibnya anak itu hendaklah di BIN atau di BINTIkan kepada nama bapanya yang sebenar jika anak sah taraf.

    Didalam Islam mengambil anak angkat adalah perkara yang diharuskan, namun dari segi meletakkan nama bapa angkat sebagai bapa adalah HARAM. Ini kerana wajib meletakkan nama bapa yang sebenar. Hal ini adalah berkaitan dengan anak yang sah taraf, namun jika anak itu adalah anak yang tidak sah taraf seperti anak yang dikandungkan dan dilahirkan sedangkan ibunya tidak berkahwin lagi, maka anak itu hendaklah diBINkan atau diBINTIkan dengan ABDULLAH atau ibunya. Isu tentang digalak atau tidak mengambil anak angkat ianya terpulang kepada keluarga angkat yang mungkin memerlukan anak seperti pasangan suami isteri itu tidak mempunyai anak setelah berkahwin dalam tempoh jangkamasa yang lama. Apa yang penting, keluarga angkat pasangan tersebut hendaklah menjaga dan mengawal anak tersebut dengan menjaga hak dan batasan agama seperti menjaga aurat dan sebagainya seperti menjaga hubungan kerana ia bukan mahram yang sah.
  2. Tentang isu pemberian nafkah kepada anak angkat dan anak sendiri serta keperluan-keperluan lain ianya tetap tertakluk pada ibu bapanya. Tiada perbezaan di antara anak sendiri dan anak angkat namum jika tidak mahu menanggung anak angkat, hendaklah melepaskan tanggungjawab tersebut dengan menyerahkan semula anak angkat tersebut kepada ibu bapanya atau warisnya yang sah atau mana-mana individu atau pertubuhan yang bertanggungjawab ke atas anak angkat tersebut. Apa yang penting kebajikan, keselamatan dan pendidikan anak angkat itu terjamin sehinggalah dia dewasa.
Sekian, wallahu'alam.

Terlanjur

Soalan
A'kum Ustaz,
Saya ada kemusykilan dan ingin bertanya beberapa soalan kepada Ustaz. Diharap ustaz dapat membantu menjawab kemusykilan saya.
Pada bulan lepas saya telah terlanjur (berzina) dengan teman wanita saya. Baru-baru ini teman wanita saya telah berjumpa dgn doktor untuk 'pregnancy test'. Doktor mengesahkan hasil daripada ujian tersebut adalah positif yg bermakna telah sahlah bahawa teman wanita saya itu mengandung. Sekarang ini saya dan teman wanita saya sedang berfikir untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini. Soalan-soalan saya adalah seperti berikut:-
  1. Pada pendapat Ustaz, apakah jalan yg sebaik-baiknya untuk menyelesaikan masalah ini?
  2. Jika saya ingin menikahi teman wanita saya itu, siapakah yang patut menjadi wali kepadanya? Untuk pengetahuan pihak Ustaz, bapanya telah meninggal dunia, tetapi dia masih mempunyai abang. Tapi, saya rasa akan ada masalah, ada kemungkinan abang-abangnya tidak mahu mewalikan teman wanita saya. Dalam hal ini. bolehkah pernikahan kami diwalikan oleh wali hakim?
  3. Jika kami berjaya berkahwin, bagaimana pula dgn nama anak itu? Berdasarkan kajian saya, anak itu masih dibolehkan dinamakan atas nama saya jika anak itu lahir selepas 6 bulan kami bernikah. Bagaimana pula dgn perkara berkaitan dgn wali jika anak itu adalah perempuan?
  4. Ada kemungkinan penentangan dari pihak keluarga jika kami berkahwin. Salah satu penyelesaian yang kami fikirkan adalah teman wanita saya pergi ke sesuatu tempat untuk melahirkan bayi itu tanpa kami berkahwin. Dan kami akan berkahwin kemudian dengan mengadakan majlis perkahwinan seperti yg dilakukan secara biasa oleh pasangan islam lain. Ini untuk mengelakkan daripada pihak keluarga mengetahui apa yg telah terjadi kerana perkara ini adalah sesuatu yg memalukan mereka. Adakah penyelesaian ini dibolehkan? Apa pula yg akan terjadi kepada bayi tersebut? Bolehkah dinamakan atas nama saya? Siapakah walinya jika bayi itu perempuan dan tiba masanya untuk berkahwin? Adakah saya masih boleh menjadi wakil kepada ibunya untuk menjadi wali?
  5. Umur kandungan itu sekarang belum mencecah 1 bulan, adakah dibolehkan dalam Islam untuk kami menggugurkan kandungan itu jika kami mengambil tindakan ini sebagai salah satu cara penyelesaian?
  6. Mungkin ada perkara2 lain yg perlu saya tahu untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi mungkin tidak saya nyatakan di atas. Diharap pihak Ustaz dapat memberitahu segala hal2 yg berkaitan dgn permasalahan ini yg mungkin terjadi pada masa terdekat dan jauh untuk saya ketahui. Segala bantuan Ustaz saya dahului dgn ucapan terima kasih. Semoga Allah memberkati hidup Ustaz dan saya yg berada dalam kemusykilan ini. Semoga Allah ampunkan dosa saya dan teman wanita saya.
Sekian sahaja. Wassalam.
 
Jawapan
Assalamu'alaikum
Saudara,
  1. Saudara dan pasangan perlu bertaubat terlebih dahulu dan berjanji dengan diri masing-masing untuk tidak lagi mengulangi perbuatan terkutuk itu.
  2. Saudara dan pasangan digalakkan bernikah.
  3. Jika wanita tersebut mempunyai bapa, beliau adalah wali nasab yang berhak menikahkan. Jika tiada bapa, akan berpindah kepada turutan wali berikut : datuk sebelah bapa, adaik-beradik lelaki seibu sebapa, adik beradik lelaki sebapa, anak saudara lelaki sebelah bapa seibu sebapa, anak saudara lelaki sebelah bapa sebapa, bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa, bapa saudara sebelah bapa sebapa, sepupu lelaki sebelah bapa seibu sebapa dan sepupu lelaki sebelah bapa sebapa.
  4. Jika wali nasab enggan mewalikan pernikahan, wanita itu boleh merujuk ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dengan tempat beliau bermastautin dan membuat permohonan untuk berwalikan hakim. Jika perundingan dengaan wali masih gagal, satu laporan akan dikeluarkan oleh pihak Pejabat Agama untuk wanita itu membuat permohonan bernikah dengan berwalikan hakim di Mahkamah Rendah Syariah yang berkaitan.
  5. Anak itu boleh dibin atau dibintikan kepada saudara jika usia kandungannya di antara saudara bernikah dan dia lahir adalah tidak kurang daripada 6 bulan hijrah.
  6. Jika wanita itu melahirkan anak sebelum bernikah, anak itu tidak boleh dibinkan atas nama saudara dan dia perlu diwalikan oleh wali hakim.
  7. Sila rujuk ke Jabatan Mufti untuk bertanyakan hukum menggugurkan kandungan itu. Tel: 03-55447000 sambungan 7531 atau 7534.
Sekian, Wallahu'alam.

Hukum Menceritakan Masalah Rumahtangga Kepada Orang Lain

Soalan

Apakah hukumnya jika kita bercerita mengenai masalah rumahtangga kita kepada orang yang kita percaya,contohnya kawan karib?

Jawapan

Hukum menceritakan permasalahan rumahtangga tertakluk kepada jenis penceritaannya.Sekiranya cerita yang dikongsi berbentuk mengumpat,mengeji,menghina atau merendahkan martabat seseorang,maka hukumnya haram dan berdosa.Sekiranya  penceritaan berbentuk positif untuk tujuan memberi peransang atau pujian yang ikhlas maka hukumnya adalah harus.Apabila berbentuk ingatan seperti menceritakan keburukan sikap seseorang dengan tujuan minta rakan kita berhati-hati dengannya seperti memberitahu sipulan adalah seorang yang suka mencuri,maka hukumnya menjadi harus juga kerana tujuan untuk pencegahan daripada rakan kita terkena/teraniaya.

Hukum melakukan oral seks

Soalan

Assalamualaikum...ustaz..

Soalan 1:
Salahkah disisi Islam apabila seorang isteri mengulum (menghisap) alat  sulit suaminya untuk menaikkan nafsu syahwat..
dan berdosakah isteri yg ingkar apabila suami menyuruh dia melakukan sedemikian?

Soalan 2:

Apakah hukumnya jika beronani untuk mengelakkan dari berjimak ketika isteri hamil?

Jawapan
Wa'alaikumussalam, 
  1. Hukum menghisap kemaluan suami adalah makruh kerana ianya bercanggah dengan adab-adab yang digariskan oleh Rasulullah. Dalam apa keadaan sekalipun kita perlu menjadikan Rasulullah sebagai contoh.
    Manakala hukum isteri menolak permintaan suami untuk melakukan perkara demikian adalah haram kerana isteri hanya disuruh melakukan perkara makruh bukan perkara haram atau maksiat. Ini kerana tidak boleh mentaati manusia yang menderhakai Allah. 
 
  1. Haram hukum jika mengeluarkan mani dengan tangan suami sendiri tetapi Harus hukumnya jika menggunakan tangan isteri.
 
Sekian. 

Hukum Membuat Kenduri Cukur Rambut

Soalan 
Apakah hukum membuat kenduri "cukur rambut" anak yang baru di lahirkan dan bagaimana cara sebenarnya yang dituntut dalam Islam ?
Jawapan
Membuat kenduri "gugur rambut" bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan kenduri ini amatlah digalakkan dalam Islam.

Caranya ialah :
Pertama: Niat dan tujuan membuat kenduri ialah bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan cahayamata.
Kedua: Dicukur kepala anak itu kemudian ditimbang rambut anak itu dan kemudian bersedekah dengan emas atau wang sekadar mana dinilai rambut kanak-kanak tadi.
Ketiga: Membuat Aqiqah.
Keempat: Beri nama kepada anak tadi dengan nama-nama yang baik dan mulia.